Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil
Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih
membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara. Pencapaian buruk Malaysia dalam keputusan
Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) lalu bukan suatu petanda baik,
kata Frederico."Malaysia patutnya bimbang dengan tahap prestasi
murid-murid dalam sekolah berbanding prestasi murid-murid di Vietnam kerana
mereka lebih miskin daripada Malaysia tapi tahap pendidikan lebih baik
berbanding Malays," kata Frederico dalam forum yang dianjurkan Unit
Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini di Damansara.
Malaysia
hanya berjaya berada di kedudukan ke-52 daripada 65 negara dalam ranking
keputusan Pisa.
Malah,
Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala
Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking
itu. "Murid-murid di kawasan pendalaman
Vietnam, prestasi mereka lebih tinggi daripada murid-murid Malaysia. "Ini
akan memberi kesan terhadap pembangunan aset sumber manusia Malaysia,"
kata pakar ekonomi kanan Bank Dunia itu.
Frederico berkata pihak sekolah perlu diberikan lebih autonomi dan kuasa
yang lebih untuk menangani masalah pembelajaran setempat.
No comments:
Post a Comment