Panduan Frog VLE

Frog VLE Overview
 

Frog VLE Pelajar Overview

Frog VLE Pelajar Overview

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Hadith: 
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith: 

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
ii. Bertaubat
iii. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Mutu Pendidikan Malaysia Jatuh Merudum - Dr Frederico Gil Sander

Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara.  Pencapaian buruk Malaysia dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) lalu bukan suatu petanda baik, kata Frederico."Malaysia patutnya bimbang dengan tahap prestasi murid-murid dalam sekolah berbanding prestasi murid-murid di Vietnam kerana mereka lebih miskin daripada Malaysia tapi tahap pendidikan lebih baik berbanding Malays," kata Frederico dalam forum yang dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini di Damansara.

    Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-52 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Pisa.
Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking itu.  "Murid-murid di kawasan pendalaman Vietnam, prestasi mereka lebih tinggi daripada murid-murid Malaysia. "Ini akan memberi kesan terhadap pembangunan aset sumber manusia Malaysia," kata pakar ekonomi kanan Bank Dunia itu.  Frederico berkata pihak sekolah perlu diberikan lebih autonomi dan kuasa yang lebih untuk menangani masalah pembelajaran setempat.

    Pisa merupakan sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. Pisa menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia. Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421. Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik, Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501). – 25 Mac, 2014.

PBS: Guru Tidak Perlu Masukkan Data Secara Dalam Talian

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu , guru-guru tidak perlu lagi memasukkan data sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) secara dalam talian selepas ini.

Sebaliknya beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, data sistem PBS itu hanya perlu disimpan sendiri oleh guru sebagai rekod dalam usaha kerajaan meringankan beban guru. - UTUSAN ONLINE